18 May 2007

:: Bengkel Pengurusan Data NILAM


Bengkel yang diadakan khusus untuk Penyelaras Program NILAM yang baru dilantik ini adalah hasil gabungan tiga buah PKG . Bengkel sehari yang diadakan pada 17 Mei 2007 ini menekankan aspek pengurusan dan penggunaan aplikasi Pro Nilam 1.7 versi C.

16 May 2007

:: Bengkel Verifikasi Data NILAM


Bengkel ini diadakan dengan tujuan untuk memastikan kesahihan data yang dipungut melalui Program Nilam. Peserta juga didedahkan kepada tips yang boleh digunapakai semasa mengendalikan kutipan dan analisa data peringkat sekolah.Bengkel sehari yang diadakan pada 16 Mei 2007 ini telah disertai oleh 20 orang Penyelaras Program NILAM.

08 May 2007

:: Bengkel Jejak Maklumat


Bengkel ini adalah hasil kerjasama antara semua PKG daerah pulau. Ia diadakan pada 8 Mei 2007, bertempat di SMK Abdullah Munshi . Pelbagai aktivti didedahkan kepada peserta agar ianya dijalankan pula diperingkat sekolah.

04 May 2007

:: Bengkel Pembinaan Profil Pusat Sumber Sekolah


Encik Mohamad Hanif dari SMK Abullah Munshi adalah fasilitator bagi bengkel selama dua hari ini. Matlamat PKG Gelugor untuk memastikan semua sekolah setempat mempunyai profil PSS masing-masing telah tercapai melalui bengkel yang diadaka pada 3 dan 4 Mei 2007 ini.