19 August 2010

:: Bengkel Pengemaskinian Data i-NILAM

Bengkel selama 2 hari ini bertujuan untuk memastikan agar data Nilam sekolah-sekolah dalam kawasan PKG Gelugor berada dalam keadaan yang kemaskini. Bengkel pada 18 hingga 19 Ogos ini telah menghimpunkan semua Guru Nilam PKG Gelugor seramai 28 orang.

09 August 2010

:: Mesyuarat Penyelarasan ICT PKG Gelugor

Mesyuarat ini diadakan di PKG Kelawai pada 9 Ogos 2010 . Tujuan utama mesyuarat yang dihadiri oleh Guru ICT ini ialah untuk memberi penerangan dan membuat penyelarasan tentang kutipan data SSQS yang sedang berlangsung.

03 August 2010

:: Bengkel Penggunaan dan Pengurusan Kampus ASTRO

Bengkel pada 3 Ogos 2010 ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Guru Perpustakaan dan Media dalam aspek pengurusan Kampus ASTRO. Bengkel ini dikendalikan oleh En. Azlan b. Aziz iaitu Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Air Itam.