22 October 2008

:: Jamuan AKhir Tahun

Bertempat di Bilik Latihan ( Sakinah ) PKG Gelugor, satu jamuan akhir tahun yang menandakan tamatnya aktiviti PKG Gelugor bagi tahun 2008 telah diadakan. GPM dan Penyelaras Program NILAM yang berkesempatan hadir pada 22 Oktober 2008 itu telah dijamu dengan pelbagai juadah hidangan.

21 October 2008

:: Bengkel Analisa dan Dokumentasi Kaji Selidik

Pada 20 dan 21 Okt 2008, para GPM telah berhimpuan untuk menyediakan analisa dan dokumentasi yang telah berjaya dilaksanakan di sekolah masing-masing. Melalui perbincangan, perbengkelan dan pembentangan, beberapa input telah berjaya dikenaslpasti untuk digunapakai di sekolah masing-masing.

15 October 2008

:: Bengkel Pemantapan Tahap Rakan Pembaca

Demi untuk mempertingkatkan tahap pembacaan dikalangan pelajar di kawasan PKG Gelugor, satu bengkel telah diadakan pada 13 sehingga 15 Oktober 2008. Bengkel yang menghimpunkan Penyelaras Program NILAM ini diadakan dalam bentuk perbincangan dan pembentangan. Cabaran-cabaran yang dikenalpasti, ditangani secara bersama melalui sumbangan idea dan percambahan fikiran.