26 May 2009

:: Bengkel Penilaian Buku


Bagi merealisasikan semangat perkongsian ilmu, Pn Wan Fazah ( GPM SMK Bukit Jambul ) telah menerajui sesi perkongsian maklumat bersama dengan rakan GPM kawasan PKG Gelugor. Bengkel sehari pada 26 Mei 2009 telah mendedahkan GPm tentang cara memilih buku untuk ditempatkan diperpustakaan sekolah masing-masing.

07 May 2009

:: Mesyuarat Program Pendidikan Biodiversiti


Mesyuarat ini telah menghimpunkan Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Pulau dan GPM beberapa sekolah terpilih. PKG Gelugor diwakili oleh Pn Wan Fazah. Mesyuarat pada 7 Mei 2009 telah membincangkan tentang pelaksanaan program anjuran bersama Jabatan Taman Negara Pulau Pinang, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dan PKG Daerah Pulau Pinang.