26 October 2010

:: Khidmat Bantu PSS SMJK Phor Tay

Selain dari memenuhi keperluan SKT, khidmat bantu pada 25 dan 26 Oktober ini bertujuan untuk membantu GPM SMJK Phor Tay dalam menangani cabaran memproses buku yang terlalu banyak. Khidmat bantu bantu ini telah dijayakan oleh 10 orang GPM sekolah menengah kawasan PKG Gelugor.

14 October 2010

:: Bengkel Penghasilan Blog

Bengkel ini berlangsung pada 12 hingga 14 Oktober 2010 dan dihadiri oleh 28 orang GPM kawasan PKG Gelugor. Bengkel yang dikendalikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Alma iaitu En Roshidi bin Mat ini bertujuan untuk membimbing GPM membina blog untuk PSS sekolah masing-masing bgi tujuan promosi.

19 August 2010

:: Bengkel Pengemaskinian Data i-NILAM

Bengkel selama 2 hari ini bertujuan untuk memastikan agar data Nilam sekolah-sekolah dalam kawasan PKG Gelugor berada dalam keadaan yang kemaskini. Bengkel pada 18 hingga 19 Ogos ini telah menghimpunkan semua Guru Nilam PKG Gelugor seramai 28 orang.

09 August 2010

:: Mesyuarat Penyelarasan ICT PKG Gelugor

Mesyuarat ini diadakan di PKG Kelawai pada 9 Ogos 2010 . Tujuan utama mesyuarat yang dihadiri oleh Guru ICT ini ialah untuk memberi penerangan dan membuat penyelarasan tentang kutipan data SSQS yang sedang berlangsung.

03 August 2010

:: Bengkel Penggunaan dan Pengurusan Kampus ASTRO

Bengkel pada 3 Ogos 2010 ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Guru Perpustakaan dan Media dalam aspek pengurusan Kampus ASTRO. Bengkel ini dikendalikan oleh En. Azlan b. Aziz iaitu Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Air Itam.

28 July 2010

:: Bengkel Pengurusan Data i-NILAM

Semua GPM dan guru NILAM didedahkan tentang cara untuk mengemaskini data Program Nilam secara on-line. Bengkel pada 26 dan 27 Julai ini telah dikendalikan oleh Encik Fauzi b. Komari ( Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Penaga

14 July 2010

:: Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti GPM Bil. 2/2010

Mesyuarat pada 14 Julai ini bertujuan untuk memaklumkan GPM tentang perkembangan dan tindakan yang perlu diambil oleh mereka untuk memantapkan pengurusan PSS masing-masing.

30 June 2010

:: Bengkel Pengurusan Program NILAM

Guru NILAM yang baru dilantik telah dijemput untuk menghadiri bengkel yang diadakan pada 30 Jun 2010 di PKG Kelawai. Bengkel yang bertujuan untuk mendedahkan mereka kepada latarbelakang Program NILAM ini dianjurkan secara bersama oleh PKG Daerah Pulau.

29 June 2010

:: Bengkel Troubleshoot Capaian Internet

Bengkel pada 29 Jun 2010 ini bertujuan untuk mendedahkan guru ICT tentang cara untuk mengatasi masalah capaian internet di dekolah masing-masing. Bengkel yang dikendalikan oleh Encik Suhaimi b Salleh dari UPICT ini dijalankan dalam keadaan kurang selesa disebabkan masalah bekalan elektrik.

24 June 2010

:: Bengkel Penghasilan Bahan Bercetak

Bengkel selama 3 hari telah menghimpunkan Juruteknik Komputer PKG seluruh Pulau Pinang, Pegawai Teknologi Pendidikan daerah Pulau dan beberapa pegawai dari BTPN Pulau Pinang. Bengkel pada 22 hingga 24 Jun 2010 ini telah mendedahkan peserta kepada asas fotografi dengan menggunakan kamera DSLR dan teknik penghasilan bahan bercetak.

27 May 2010

:: Bengkel Kepimpinan Sekolah Unutk Pengetua dan Gurubesar Kawasan PKG Gelugor

Bengkel yang dikendalikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Gelugor iaitu Tuan Haji Ramli bin Din ( Pengetua SMK Penang Free ) ini telah dilaksanakan pada 27 Mei 2010. Melalui bengkel ini, para pengetua dan gurubesar telah berbincang danberkongsi pandangan tentang cara yang terbaik untuk mengurus sekolah.

:: Bengkel Khidmat Bantu ICT SMK Bukit Jambul

Bengkel selama 3 hari ini diadakan pada 25 – 27 Mei 2010. Seramai 3 orang PTP dan 7 orang FT 17 dari daerah Pulau telah bekerjasama menyelesaikan beberapa permasalahan berkaitan peralatan dan perisian komputer.

03 May 2010

:: Mesyuarat Penyelarasan Guru ICT – PKG Bil 2 / 2010

Selain bermesyuarat, peserta bengkel dibahagikan kepada 4 kumpulan yang ditugaskan untuk merancang aktiviti berdasarkan bidang yang telah ditetapkan.Mesyuarat yang dihadiri oleh 28 orang Guru ICT ini telah diadakan pada 3 Mei 2010.

23 March 2010

:: Mesyuarat JK Pengurusan Aktiviti Bil 1 / 2010

Semua Pengetua dan Guru Besar kawasan PKG Gelugor telah berkumpul untuk memantapkan lagi pelaksananan aktiviti bagi memanafaatkan warga pendidikan di kawasan setempat. Ahli JK Kerja juga telah mencadangkan beberapa aktiviti untuk dilaksanakan sepanjang 2010. Mesyuarat pada 23 Mac 2010 ini diakhiri dengan sesi bergambar.

11 March 2010

:: Bengkel Pengemaskinian Data Penarafan PSS

Bengkel yang diadakan selama 2 hari pada 10 dan 11 Mac 2010 ini bertujuan untuk mengemaskini data penarafan IQ-PSS. Melalui bengkel in semua GPM didedahkan tentang cara cara untuk membuat penarafan PSS masing-masing.

24 February 2010

:: Bengkel Keratan Akhbar dan Indeks

Bengkel yang diadakan pada 22 dan 23 Feb 2010 ( 2 hari ) ini telah memberikan pendedahan kepada Guru Perpustakaan dan Media kawasan PKG Gelugor tentang cara untuk menghasilkan koleksi keratan akhbar . Semoga dengan pendedahan yang diberikan dapat menjadi pemangkin kepada GPM bagi memperbanyakkan koleksi keratan akhbar di sekolah masing-masing.

27 January 2010

:: Mesyuarat Penyelarasan GPM – PKG Bil 1 / 2010

Mesyuarat ini bertujuan untuk berbincang tentang aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2010. Aktiviti yang diadakan pada 27 Januari 2010 ini telah dihadiri oleh semua GP
M kawasan PKG Gelugor seramai 28 orang:

21 January 2010

:: Mesyuarat Penyelarasan GPB/ Guru ICT-PKG Gelugor Bil. 1/2010

Mesyuarat yang diadakan pada 20 januari 2010 ini telah menghimpunkan seramai 28 Guru ICT dari kawasan PKG Gelugor. Beberapa ketetapan telah dibuat berkaitan pelaksanaan aktiviti dan proses kutipan data. Semua peserta dibekalkan dengan perisian anti-virus terkini untuk dipergunakan disekolah masing-masing