23 July 2009

:: Bengkel Perkongsian Dan Penyebaran Maklumat Bersepadu ( SISTEM TARANTULA )

Pada 23 Julai 2009 seramai 28 orang GPM kawasan PKG Gelugor telah berkumpul untuk mendengar penerangan tentang cara-cara untuk memasukkan maklumat ke dalam SISTEM TARANTULA .

13 July 2009

:: Mesyuarat Guru ICT SSQS

Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Guru ICT yang bakal melaksanakan SSQS di sekolah masing-masing. Mesyuarat ini telah dijalankan pada 13 Julai 2009 di PKG Kelawai.

09 July 2009

:: Bengkel Perancangan Kajiselidik Sekolah Kebangsaan


Enam orang GPM dari sekolah kebangsaan kawasan PKG Gelugor telah berkumpul pada 9 Julai 2009 untuk berbincang tentang Kajiselidik yang bakal dilaksanakan di sekolah masing-masing.

08 July 2009

:: Bengkel Analisa Data Nilam Kutipan 1/2009


Bengkel ini bertujuan menilai prestasi sekolah-sekolah dalam Program NILAM berdasarkan data kutipan pada bulan Mac 2009. Semasa bengkel pada 7 dan 8 Julai 2009 ini juga Guru Penyelaras NILAM telah didedahkan dengan program Tanker 3.2 yang membolehkan mereka menganalisa data dengan lebih mudah. Tanker 3.2 yang dihasilkan oleh PKG Gelugor telah diberikan secara percuma kepada semua peserta.

01 July 2009

:: Program Khidmat Bantu PSS SMK Bukit Jambul


Program ini diadakan dengan tujuan untuk menyediakan PSS SMK Bukit Jambul yang telah terpilih untuk dinilai bagi Anugerah PSS Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Bandar.
Program 3 hari yang bermula pada 29 Jun 2009 ini telah disertai oleh PKG Daerah Pulau dan GPM dari beberapa sekolah terpilih.