24 July 2008

:: Bengkel Pengurusan Pusat Akses Sekolah

Bengkel ini dihadiri oleh semua Penyelaras Pusat Akses Sekolah Daerah Pulau, Pulau Pinang. Bengkel yang dikendalikan oleh Pegawai Teknoilogi Pendidikan BTPNPP iaitu Encik Abdul Halim bin Saad ini telah dirasmikan oleh KPP BTPNPP Encik Suhaimi bin Saidin. Tujuan utama bengkel yang diadakan pada 24 Julai 2008 ini ialah menyelaras dan meyampaikan maklumat terkini berkaitan Pusat Akses Sekolah

22 July 2008

Bengkel Penghasilan Bahan KIOSK PSS

Bengkel yang diadakan selama 2 hari iaitu pada 21 dan 22 Julai 2008 telah menghimpunkan semua GPM kawasan PKG Gelugor. Fasilitator bengkel ini iaitu Encik Chen Thean Hock telah berkongsi pengetahuan dengan peserta tentang cara untuk menghasilkan bahan untuk dipergunakan sebagai Kiosk maklumat berkaitan PSS sekolah.