18 February 2009

:: Bengkel Perancangan Kajiselidik Sekolah Menengah Kawasan PKG Gelugor


Semua GPM dari sekolah menengah kawasan PKG Gelugor telah berkumpul untuk mencapai kata sepakat berkaitan Kajiselidik yang bakal dilaksanakan di sekolah masing-masing.

05 February 2009

:: Bengkel Perancangan Pengurusan Dan Aktiviti SJKT dan SKM Kawasan PKG Gelugor

Walaupun berdepan dengan berbagai kekangan, semangat kental telah ditunjukkan GPM SJKT dan SKM semasa bengkel ini berlangsung pada 5 Februari 2009. Perancangan dibuat dengan azam untuk dilaksanakan sebaik mungkin. Permasalahan yang timbul akan cuba diselesaikan agar ianya tidak menggugat perjalanan operasi PSS.

04 February 2009

:: Bengkel Perancangan Pengurusan Dan Aktiviti SJKC Kawasan PKG Gelugor

Kumpulan GPM SJKC yang seramai 6 orang telah berkumpul pada 4 Februari 2008 dengan tujuan dan niat yang sama dengan kumpulan terdahulu. Kata sepakat dicapai dalam perbincangan yang bermanafaat. Sumbangan buah fikiran dan lontaran pendapat di gabungkan agar ianya dapat dilaksanakan di sekolah masing-msing.

03 February 2009

:: Bengkel Perancangan Pengurusan Dan Aktiviti SK Kawasan PKG Gelugor

Bengkel sehari yang diadakan pada 3 Februari 2009 ini menghimpunkan semua GPM Sekolah Kebangsaan seramai 6 orang. Perkongsian idea yang dicetus oleh rasa ingin memantapkan peranan PSS masing-masing telah mewujudkan perbincangan yang menarik dan bermanafaat untuk kebaikan semua pihak.

02 February 2009

:: Bengkel Perancangan Pengurusan Dan Aktiviti SM Kawasan PKG Gelugor

Pada 2 Februari 2009, GPM dari Sekolah Menengah Kawasan PKG Gelugor telah berkumpul bericangan hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan dan perancangan aktiviti yang bakal dilaksanakan di sekolah masing-masing. Beberapa tips untuk mengurus dan melaksanakan aktiviti turut dikongsi sesama peserta hasil dari perbincangan yang dijalankan.