05 November 2009

:: Majlis Penutupan Aktiviti & Jamuan Akhir Tahun 2009

Sebagai menghargai sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh GPM kawasan PKG Gelugor, satu majlis jamuan telah di adakan sempena Majlis Penutupan Aktiviti 2009

:: Anugerah Kecemerlangan PSS Kawasan PKG Gelugor

Anugerah ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pengiktirafan kepada GPM dan sekolah yang telah memberi komitmen dan menunjukkan pencapaian yang baik sepanjang tahun 2009. Majlis yang diadakan secara sederhana ini telah dijalankan pada 5 November 2009.

:: Mesyuarat Penilaian Pencapaian Sasaran PSS Kawasan PKG Gelugor

Mesyuarat ini dijalankan pada 3, 4 dan 5 November 2009. Semua GPM menyenaraikan pencapaian PSS masing-masing untuk dikumpulkan di peringkat PKG Gelugor. Ketua kumpulan GPM telah memainkan peranan dalam proses pengumpulan maklumat dan data.

27 October 2009

:: Bengkel Analisis Kajiselidik Sekolah Menengah Kawasan PKG Gelugor

GPM sekolah menengah telah berkumpul pada 27 Oktober 2009 untuk membuat analisa terhadap kajiselidik yang telah mereka laksanakan di sekolah masing-masing.

07 October 2009

:: Bengkel Penghasilan Bahan Pengautomasian Analisa Kajiselidik

Kesinambungan dari kajiselidik yang telah dilaksanakan oleh GPM di peringkat sekolah masing-masing, maka bengkel ini diadakan dengan tujuan untuk menghasilkan sebuah program untuk memudahkan pengiraan dan penganalisaan kajiselidik. Bengkel yang diadakan dari 6 hingga 7 Oktober ini telah dikendalikan oleh Pegawa Teknologi Pendidikan PKG Gelugor.

30 September 2009

:: Bengkel Penilaian Sudut NILAM


Bengkel sehari ini diadakan pada 30 September 2009. Bengkel yang bertujuan untuk menngenalpasti pemenang Pertandingan Sudut Nilam kawasan PKG Gelugor ini telah dihadiri oleh semua GPM kawasan PKG Gelugor.

16 September 2009

:: Mesyuarat Penilaian Pencapaian Sasaran Tahunan 2009

Mesyuarat ini dihadiri oleh ketua kumpulan GPM SK, SJKC, SM serta SJKT /SKM seramai 4 orang. Mesyuarat pada 16 September ini bertujuan unuk menyelaraskan pembahagian tugas berhubung dengan Bengkel Penilaian Pencapaian Sasaran PSS Kawasan PKG Gelugor yang bakal diadakan.

02 September 2009

:: Bengkel Pengemaskinian Kad Harta Modal KEW. 312 / KEW. PA2 Peralatan ICT

Berdasarkan maklum balas semasa Mesyuarat Guru ICT, satu bengkel telah dijalankan pada 2 September 2009. Bengkel yang dihadiri semua Guru ICT kawasan PKG Gelugor ini bertujuan untuk berkongsi maklumat, menyelaras dan mengemaskini Kad Harta Modal peralatan ICT sekolah masing-masing.

14 August 2009

:: Mesyuarat Gerak Gempur

Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaraskan hal-hal berkaitan Program Gerak Gempur yang bakal dilaksanakan. Semasa mesyuarat pada 14 Ogos 2009 ini Juruteknik Komputer ( FT17 ) Daerah Pulau telah didedahkan dengan proses dan bahan-bahan yang perlu di beri perhatian semasa ke sekolah untuk mengesahkan kerosakan peralatan ICT.

23 July 2009

:: Bengkel Perkongsian Dan Penyebaran Maklumat Bersepadu ( SISTEM TARANTULA )

Pada 23 Julai 2009 seramai 28 orang GPM kawasan PKG Gelugor telah berkumpul untuk mendengar penerangan tentang cara-cara untuk memasukkan maklumat ke dalam SISTEM TARANTULA .

13 July 2009

:: Mesyuarat Guru ICT SSQS

Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Guru ICT yang bakal melaksanakan SSQS di sekolah masing-masing. Mesyuarat ini telah dijalankan pada 13 Julai 2009 di PKG Kelawai.

09 July 2009

:: Bengkel Perancangan Kajiselidik Sekolah Kebangsaan


Enam orang GPM dari sekolah kebangsaan kawasan PKG Gelugor telah berkumpul pada 9 Julai 2009 untuk berbincang tentang Kajiselidik yang bakal dilaksanakan di sekolah masing-masing.

08 July 2009

:: Bengkel Analisa Data Nilam Kutipan 1/2009


Bengkel ini bertujuan menilai prestasi sekolah-sekolah dalam Program NILAM berdasarkan data kutipan pada bulan Mac 2009. Semasa bengkel pada 7 dan 8 Julai 2009 ini juga Guru Penyelaras NILAM telah didedahkan dengan program Tanker 3.2 yang membolehkan mereka menganalisa data dengan lebih mudah. Tanker 3.2 yang dihasilkan oleh PKG Gelugor telah diberikan secara percuma kepada semua peserta.

01 July 2009

:: Program Khidmat Bantu PSS SMK Bukit Jambul


Program ini diadakan dengan tujuan untuk menyediakan PSS SMK Bukit Jambul yang telah terpilih untuk dinilai bagi Anugerah PSS Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Bandar.
Program 3 hari yang bermula pada 29 Jun 2009 ini telah disertai oleh PKG Daerah Pulau dan GPM dari beberapa sekolah terpilih.

26 May 2009

:: Bengkel Penilaian Buku


Bagi merealisasikan semangat perkongsian ilmu, Pn Wan Fazah ( GPM SMK Bukit Jambul ) telah menerajui sesi perkongsian maklumat bersama dengan rakan GPM kawasan PKG Gelugor. Bengkel sehari pada 26 Mei 2009 telah mendedahkan GPm tentang cara memilih buku untuk ditempatkan diperpustakaan sekolah masing-masing.

07 May 2009

:: Mesyuarat Program Pendidikan Biodiversiti


Mesyuarat ini telah menghimpunkan Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Pulau dan GPM beberapa sekolah terpilih. PKG Gelugor diwakili oleh Pn Wan Fazah. Mesyuarat pada 7 Mei 2009 telah membincangkan tentang pelaksanaan program anjuran bersama Jabatan Taman Negara Pulau Pinang, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dan PKG Daerah Pulau Pinang.

30 April 2009

:: Mesyuarat Penyelarasan GPM Kali 1/2009


Dsamping bermesyuarat, GPM juga didedahkan dengan perkembangan/maklumat terkini dalam bidang PSS. Mesyuarat yang berlangsung pada 30 April 2009 juga telah membincangkan aktiviti khas yang akan dilaksanakan secara bersama oleh PKG Gelugor dan GPM.

28 April 2009

:: Mesyuarat Penyelarasan ICT Sekolah Kawasan PKG Gelugor


Mesyuarat yang dihadiri oleh Guru ICT dan Juruteknik ini telah dilangsungkan pada 28 April 2009. Selain berbincang tentang masalah berkaitan perlatan ICT disekolah, ahli mesyuarat juga telah didedahkan tentang cara untuk membuat pelaporan kerosakan peralatan ICT melalui STS ( Support Ticketing System )

23 April 2009

:: Mesyuarat Aktivti Khas PKG Gelugor


Mesyuarat pada 23 April ini dihadiri oleh :
Puan Wan Fazah bt Wan Ahmad - SMK Bukit Jambul ( Ketua Kumpulan Sek. Menengah )
Puan Rozaida bt Saad - SK Minden Height ( Ketua Kumpulan Sek. Kebangsaan)
Encik Loo Boon Kean - SJKC Moh Ghee Pusat ( Ketua Kumpulan Sek. Jenis Kebangsaan Cina )
Puan Vasanthi a/p Ramanad - SJKT Jalan Sungai ( Penolong Ketua Kumpulan SJKT / SKM)
Perbicangan berkisar tentang perancangan aktiviti khas PKG Gelugor, senarai jawatankuasa dan pengagihan tugas sesama ketua kumpulan.

02 April 2009

:: Bengkel Pelaksanaan Kajiselidik Sekolah Menengah Kawasan PKG Gelugor

Bengkel pada 2 April 2009 ini merupakan kesinambungan daripada Bengkel Perancangan Kajiselidik pada 18 Februari 2009. GPM dari sekolah menengah telah berbengkel dan membuat persiapan untuk melaksanakan kajiselidik di sekolah masing-masing.

12 March 2009

:: Bengkel Pengemaskinian Data Nilam 2009


Bengkel selama ini bertujuan untuk mengemaskini data NILAM dari segi penghapusan data pelajar Tingkatan 5 dan Tahun 6. Bengkel pada 11 dan 12 Mac ini juga bertujuan untuk memastikan agar kemasukan data pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 berjalan lancar.

05 March 2009

:: Bengkel Pengurusan Program NILAM 2009


Bengkel yang diadakan pada 4 dan 5 Mac ini dikhususkan kepada GPM/Guru NILAM yang baru memegang jawatan berkenaan. Bengkel selama 2 hari ini meliputi penerangan tentang latarbelakang Program NILAM, cara pelaksanaannya dan cara untuk mengendalikan Pro Nilam 1.7d.

18 February 2009

:: Bengkel Perancangan Kajiselidik Sekolah Menengah Kawasan PKG Gelugor


Semua GPM dari sekolah menengah kawasan PKG Gelugor telah berkumpul untuk mencapai kata sepakat berkaitan Kajiselidik yang bakal dilaksanakan di sekolah masing-masing.

05 February 2009

:: Bengkel Perancangan Pengurusan Dan Aktiviti SJKT dan SKM Kawasan PKG Gelugor

Walaupun berdepan dengan berbagai kekangan, semangat kental telah ditunjukkan GPM SJKT dan SKM semasa bengkel ini berlangsung pada 5 Februari 2009. Perancangan dibuat dengan azam untuk dilaksanakan sebaik mungkin. Permasalahan yang timbul akan cuba diselesaikan agar ianya tidak menggugat perjalanan operasi PSS.

04 February 2009

:: Bengkel Perancangan Pengurusan Dan Aktiviti SJKC Kawasan PKG Gelugor

Kumpulan GPM SJKC yang seramai 6 orang telah berkumpul pada 4 Februari 2008 dengan tujuan dan niat yang sama dengan kumpulan terdahulu. Kata sepakat dicapai dalam perbincangan yang bermanafaat. Sumbangan buah fikiran dan lontaran pendapat di gabungkan agar ianya dapat dilaksanakan di sekolah masing-msing.

03 February 2009

:: Bengkel Perancangan Pengurusan Dan Aktiviti SK Kawasan PKG Gelugor

Bengkel sehari yang diadakan pada 3 Februari 2009 ini menghimpunkan semua GPM Sekolah Kebangsaan seramai 6 orang. Perkongsian idea yang dicetus oleh rasa ingin memantapkan peranan PSS masing-masing telah mewujudkan perbincangan yang menarik dan bermanafaat untuk kebaikan semua pihak.

02 February 2009

:: Bengkel Perancangan Pengurusan Dan Aktiviti SM Kawasan PKG Gelugor

Pada 2 Februari 2009, GPM dari Sekolah Menengah Kawasan PKG Gelugor telah berkumpul bericangan hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan dan perancangan aktiviti yang bakal dilaksanakan di sekolah masing-masing. Beberapa tips untuk mengurus dan melaksanakan aktiviti turut dikongsi sesama peserta hasil dari perbincangan yang dijalankan.

21 January 2009

:: Bengkel Penyelarasan PKGGL dan GPM Kali 1/2009

Bengkel ini diadakan pada 21 Januari 2009. Selain daripada pembentangan tentang aktiviti 2008 dan analisis Laporan Bulanan PSS 2008, bengkel ini juga menjadi medan kepada PKG Gelugor dan GPM yang terlibat sama membuat perancangan bagi tahun 2009. Beberapa orang GPM yang baru dilantik juga diperkenalkan semasa bengkel ini berlngsung.