Bengkel sehari ini diadakan pada 30 September 2009. Bengkel yang bertujuan untuk menngenalpasti pemenang Pertandingan Sudut Nilam kawasan PKG Gelugor ini telah dihadiri oleh semua GPM kawasan PKG Gelugor.
Mesyuarat ini dihadiri oleh ketua kumpulan GPM SK, SJKC, SM serta SJKT /SKM seramai 4 orang. Mesyuarat pada 16 September ini bertujuan unuk menyelaraskan pembahagian tugas berhubung dengan Bengkel Penilaian Pencapaian Sasaran PSS Kawasan PKG Gelugor yang bakal diadakan.
Berdasarkan maklum balas semasa Mesyuarat Guru ICT, satu bengkel telah dijalankan pada 2 September 2009. Bengkel yang dihadiri semua Guru ICT kawasan PKG Gelugor ini bertujuan untuk berkongsi maklumat, menyelaras dan mengemaskini Kad Harta Modal peralatan ICT sekolah masing-masing.